Thursday 22 September 2016

Minum Petang Simple

Assalamu'alaikum semua

Hari ni terlebih rajin....walaupun kat 430pm balik sejak kuar dari pagi, masih leh berkuntau kat dapur.
Yelah nak makan ikut tekak, kenalah masak yedok.
Tekak terhingin nasi goreng halia. Satu menu yang saya sering makan masa kecik dan comel. Dimasak penuh kasih sayang oleh mendiang nenek saya.

Simple jer.....yang penting halia dan minyak bijan mau ada.

Nasi Goreng Halia

Bahan-bahan
-----------------

Nasi sejuk
Halia tua dihiris halus
Minyak bijan
Minyak masak
Kicap cair (cap popo kegemaran saya)
Lada sulah
Telur ayam

Cara-cara
-----------------

1. Panaskan minyak masak dan masukkan satu sudu makan minyak bijan untuk aroma yang amat membangkitan selera
2. Masukkan hirisan halia dan goreng hingga kelihatan garing kerinting-kerinting
3. Masukkan nasi dan gaul rata...tekan ngan sudip nasi yang berketul sado
4. Pecahkan telur
5. Renjiskan kicap cair
6. Tabur lada sulah dan gaul rata

Siap

Roti Cheese Telur

Takyah caralah ya....tengok gambar mesti pahamkan.

4 bahan jer

1. Roti
2. Cheese ceddar
3. Telur dipecahkan dan kocok manja ( saya tabur sedikit daun pasli kering dalam botol tu )
4. Minyak masak

Saya tak buh garam dalam telur sebab cheese dah masin

Selamat mencuba

NASI GORENG HALIA

ROTI CHEESE TELUR

Wednesday 21 September 2016

Udang Tomato

Bahan-bahan
---------------

Udang (nak bogel habis ke atau tinggalkan kulit bahagian ekor...up to u lah)
Tomato cherry atau yang biasa (potong 4)
2 ulas Bawang merah  dimayang halus
3 ulas Bawang putih dimayang halus
1 senduk Sos tomato
Air (adjust sendiri ikut kepekatan yang dikehendakki)
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara
----------

1. Tumis bahan mayang hingga harum
2. Masukkan udang dan gaul rata
3. Pabila udang setengah masak, masukkan sos tomato
4. Masukkan air
5. Masukkan tomato dan biarkan gelegak.
6. Perisakan dengan garam dan gula.

Siap. Makan ngan nasi mahupun roti. Feberet saya masa kecik-kecik. Sekarang walaupun memang nampak sangat takde kemungkinan akan mengecik, saya tetap suka hidangan ini. Ahaks.


Budak-budak suka. Kebanyakkannya lah....cubalah ek.

* kredit kepada rakan instagram  @denisedeanna kerana mengembalikan nostalgia saya


Bahan utama...kalau nak guna sotong pun boleh atau isi ikan ke kan


Tumis bahan mayang hingga terbit bau harum. Senduk nampak bersih...nampak sangat jarang masak. Auwww...


Masukkan udang dan golekkan sehingga setengah masak....


Masukkan sos tomato dan air. Adjust kepekatan kuah yang dikehendakki


Akhir sekali junamkan tomato itu dan gaul rata.
Gelegakkan sekali dan perisakan dengan garam gula.

Semuga berbahagia dengan hidangan yang mudah ini ya.

Monday 5 September 2016

Nasi Goreng Termudah

Cak...hah. Terkejut......
Urut sikit dada tu ek. Ni hah saja nak kongsi 1 resepi bapak punya mudah. Memandangkan ada nasi putih berlebihan pas makan tengahari tadi...makanya dijadikan nasi goreng. Kang Addin balik leh makan.


4 bahan jer tau.

1. Nasi putih
2. Minyak bijan
3. Serbuk seri aji apa-apa perisa ( saya guna nasi goreng cina )
4. Telur hayam

Panaskan minyak bijan.

Masukkan nasi dan sebatikan.

Taburkan serbuk seri aji biar rata permukaan nasi tersebut. 1 paket kecil tu leh masak tok 4 orang makan gitu.

Gaulkan rata biar mesra ngan nasi.

Pecahkan telur. Terpulang nak berapa biji.

Gaul rata sampai telur udah sebati sehingga nasi da sebiji-biji.


Rasa dulu ok ke tak. Kalau rasa tawar renjiskan sikit kicap manis. Patutnya udah ok.

Sendukkan ke dalam bekas. Dalam kes saya, senduk licin habis saya jilat. Yummy...kuali takdelah gie jilat. Agak-agaklah kan walaupun kat umah takde orang lain. Hahahahaha.

Cubalah...cara ni sangat berkesan bila kekurangan bahan nak masak terutamanya bila kat oversea ke kan..... Simple yet delicious.

Percutian Hujung Minggu

Assalamu'alaikum semua

Yearggggh...lamanya dah tak menulis.
Citer ada tapi asal nak duduk dan start menaip...bantal lak yang diusung. Acaner tu....zzzzz jelahkan.

Sabtu lepas, kami ke Melaka. Kemain wan to som ngan Abg Jack sejak Isnin nak gie ke tak. Yelah kaki saya bukannya kuat, nak dok lama plak dalam keta. Pastu biasanya baik punya rancang kesudah tak jadi juga. Nak kata semata gie cuti, tak gak. Sebenarnya memenuhi jemputan kawan Abg Jack, kenduri sambut menantu dekat area Lubuk Cina.

Da alang-alangkan...maka teruslah ke town Melaka pastu. Hotel pun tak tempah. Da survey dan rata-rata penuh ataupun harga mencanak-canak. Main terjah jelah.

Pilih punya pilih akhirnya ke The Strait Suite Hotel berdekatan Mahkota Medical Centre. Kira ini kali ke 3 dok sini. Dan berdasarkan pengalaman dan servis sepanjang 3 kali ke sini, nampaknya ianya merupakan kunjungan kami yang terakhir.

Satu perkara yang kami belajar. Pasni nak datang bercuti, datang antara hari Ahad ke Khamis. Less trafik, harga bilik hotel jauh lebih murah. Kena kumpul duit dulu, jual banyak maruku, da macam pantun 2 kerat plak...hahahahha...aim Hotel Estadia pasni. Butik hotel berkonsepkan peranakan. Kalau tandas awam da cun gila, apatah lagi biliknya. Ni hati da terpanggil-panggil nak ke sana. Angan-angan dulu....tak salah kan.

Jadinya sebelum balik KL, kami pekena hi-tea kat Hotel Estadia sebagai penutup percutian dan kenangan manis di Melaka ini. Perggghhh nyonya laksanya sangat kaw...sedap. Semua makanannya sedap sangat...tak dan nak ulang 2nd round makanan yang sama sebab makanannya terlampau banyak pilihan itupun tak sempat nak rasa semua, tangki dah membuak. First time tengok Addin makan dengan penuh semangat dan Abg Jack makan dengan wajah penuh munger-munger cinta. Hihihi. Sempat tapau kuih bulan yang dijual disitu...yang ada telur kuning itik kat dalam...juling-juling mata makan.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Abg Jack dan Addin enjoy sangat. Itu yang penting. Saya???? Nak sambung tidur sekarang. Hahahahaha

Happy Monday eberiwan. ♥♥♥

***Hotel Hatten dan Hotel Estadia adik beradik. Kuih bulan ini dibuat oleh Pastri Chef Hotel Hatten.

Saturday 13 August 2016

Kek Susu Pekat Manis

Assalamu'alaikum semua

Cepatnya masa berputar.
Da hari Sabtu harini. Semalam tak gie memana. Tergerak hati nak bikin kek. Agak mudah. Bahan pun simple. Hmmmmm. Tengok gambar tuan punya blog punyalah gebu keknya. Tapi....tapi.... tak ada guna pun baking powder. Biar papaya.

Sebenarnya teruja bila tengok rakan Facebook Puan Nor Haslinda Chua membuatnya. Parking tepi sat. Sekali masuk blog milik Puan Hafizah Yahaya kat http://fizalgk.blogspot.my/2016/08/condensed-milk-cake.html  sudah tak boleh tahan.

Gagah buat gak semalam. Walaupun saya guna butter 227gm, Alhamdulillah menjadi gak. Dah kat 2 bulan oven tak on, Alhamdulillah masih macho menjalankan tugasnya. Hahahaha i lap u lah.

Ok jom tengok resepinya.

CONDENSED MILK CAKE 

Bahan Bahan :

240gm mentega
240gm tepung gandum
300gm susu pekat manis
60gm gula kastor
4 butir telur - Gred A1
sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang dan pucat.

2) Perlahankan kecepatan mixer,masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga bercampur rata.

3) Masih dalam kecepatan rendah,masukkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul rata. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul lagi dengan jarak 1 minit untuk sebiji telur.

4) Seterusnya tuang kedalam loyang yang sudah dialasi kertas minyak. Saya guna loyang aluminium jadi ianya lebih mudah dan tidak perlu dialas.

5) Untuk mengelakkan daripada kek cepat hangit adalah dianjurkan menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu letakkan loyang yang lebih besar berisi air dirak oven paling bawah dan loyang berisi adunan kek dirak tengah. Setkan suhu oven pada 180'c dan bakar selama 25minit. Setelah itu keluarkan loyang berisi air dan turunkan suhu oven kepada 150'c dan teruskan membakar selama 20minit atau sehingga kek masak.

*saya guna 227gm mentega Anchor (dah tu yang ada) hihihi

Dapatlah 2 bekas aluminium saiz ala setengah kertas A4.
Jadilah wat kunyah-kunyah kan....nak bagi-bagi orang pun boleh...
Sedap...harum dan kek memang naik gebu dan moist.
Walaupun tak guna baking powder, kek tetap naik dengan syarat proses no 3) dipatuhi dengan tawaduk. Hahahah jangan ngelat.

Ni hah bukti saya buat...tak percaya kah?????

Terima kasih Puan Hafizah dan Puan Nor Haslinda

Saya ambik 1 sudu makan adunan dan campurkan ngan pewarna merah.
Pastu tepekkan sana sini dan lorekkan ala-ala huru-hara gitu.


hah cun tak?

Thursday 4 August 2016

Biskut Mazola

Assalamu'alaikum semua

Biskut ini adalah biskut evergreen yang sangat saya suka sejak kecik-kecik comey lotey lagi.
Pestaim makan biskut ni masa dok umah makcik taim cuti skolah. Makcik ni pun satu. Simpan biskut ini tinggi nun atas lemari dapur.

Puas ler si ah moi debab masa tu adalah 7 ke 8 tahun kot, terkedek-kedek angkat kerusi gigih manjat semata nak ambik tin milo besar yang mengandungi biskut tersebut. Hahahaha. Nak 'curi makan' masa tu bukan senang, kena tengok taim makcik ngah khayal berbual ngan jiran, masa tulah projek underground berjalan dengan pantas. Kah kah kah.

Biskut ni kan rapuh. Sebaik sahaja dapat capai tin milo tersebut, cecepat buka dan sumbat sebanyak yang boleh ke dalam mulut sambil mata liar memerhati dan telinga terpacak dengar perbualan makcik dan jiran. Hahahah buruk nar perangai.

Itulah kenangan manis yang selalu buat saya tersenyum sorang-sorang.
Rupa-rupanya mudah nak membuatnya. Antara malas dengan rajin. Kalau semakin mudah caranya sesuatu resepi, tahap kemalasan amatlah tinggi. Hahahahaha. Kan kan kan. Sep sikit.

Jom layan resepinya

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk kacang tanah (bli kat kedai bakeri)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam9

Gaul ratakan semuanya dalam bekas

Masukkan minyak mazola (saya guna minyak masak saji, nak guna minyak cap pisau pun ok) ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sambil gaul ratakan semuanya. Dapatkan konsistensi mampu bulatkan sebesar guli.
Terlebih minyak, adunan akan lembik. Jadi sambil tangan kiri menuang, tangan kanan mengaul ya.
Kaki tak diperlukan khidmatnya tau....kah kah kah.

Bentukkan bentuk geguli dan susun dalam loyang. Boleh togel macam tu atau kalau rajin, hiaskan 1/2 biji kacang tanah diatasnya. Tekan perlahan-lahan.

Ambik 1 biji telur kuning telur ayam yang dipecahkan,  sapukan keatas semua biskut yang telah dibentuk. Jadi nanti berkilat-kilat permukaan biskut. Baru cun ma.

Terlebih dahulu panaskan oven selama 15 minit ya.
Bakar dalam oven 180c selama 15 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Resepi ini sama dengan resepi biskut kacang hijau cuma serbuk kacang tanah ditukar ke serbuk kacang hijau dan gula kastor ditukar ke gula ising. Sukatan semua sama. Saya guna cara ni.

Jom buat....leh ngap bila-bila tak semestinya musim raya. Musim hujan pun boleh. Kuang kuang kuang.

Terima kasih buat blogger Alongroz dan Kak Nor Secubit Garam atas resepi yang meletop ini.
Hah 12 September nanti Raya Haji kan...buatlah. Dapat 2 jenis biskut ni jadilah kan. Nak tambah belilah maruku meletop dan tat nenas gebu gebas ngan saya.

Amacam....meh order meh....

Sekarang ada promosi...hah gitew. Jangan kata hakak tak payung...ni payung guna payung pasar malam tau

2 bekas Maruku Meletop (500gm)  + 2 bekas Tat Nenas Gebu Gebas (55 biji) = RM100 (jimat RM4)

Atau

1 bekas Maruku Meletop (500gm) + 1 bekas Tat Nenas Gebu Gebas (55biji) = RM50 (jimat RM2)

Apa-apa pun wasap jelah ek...013-2536985.
Sepanjang tahun ada Maruku dan Tat Nenas ni...takde  bermusim tau. Apa yang perlu dilakukan, order je

Inilah wajah insan yang tidak bersalah memanjat dan menyumbat sebanyak biskut mazola yang boleh ke dalam vulut yang mungil. Hahahahha
Nasib baik makcik tak reti berinternet. 

Hasilnya

Biskut Kacang Hijau

TERIMA KASIH KAK NOR DAN KAK ALONGROZ ♥♥♥♥

Tat Nenas Gebu Gebas

Maruku Meletops

Tuesday 2 August 2016

Sup Ayam Mabeles

Assalamu'alaikum semua

*sambil libas2 tangan macam wiper
Apa khabar semua?

Saya ni suka makanan berasaskan sup lelebih lagi sup ayam. Masak pagi boleh makan terlajak sampai ke potang. Makan gitu slurp-slurp atau cecah2 dengan roti. Ni sup cara saya. Takde ikut mana2 resepi. Asal sedap kat tekak, bereh.

Sup ni mudah je. Siapkan bahan, on dapur....libas2. Siap. Hihihihi

Kita tengok bahan-bahannya ya

1. Bawang  besar potong 4 ke 6 ke 8 macam potong buah oren
2. Bawang putih cincang

Dua2 tumis sampai harum
Masukkan
3. Batang saderi yang dipotong serong-serong nipis

Bau harum akan semerbak dan masukkan air tengok nak sup banyak mana

Masukkan
4. Karet yang dipotong dadu pun boleh, nak potong kecil pun boleh, nak masukkan sebatang gitu pun boleh. Suka hati
    koranglah ya. Hahaha
5. Kentang pun potong suka hati
6. Cendawan shitake potonglah juga. Besar sangat kalau masuk sekuntum gitu...maut nak lebarkan mulut masa nak
     makan.

Didihkan sekali

Masukkan
7. Kiub ayam ikut citarasa tengok banyak mana airnya. Rasalah kang tawar hebey plak.

Masukkan
8. Serbuk lada hitam
9. Ketulan ayam atau hirisan isi ayam
10. Renjiskan atau masukan 1 sudu makan minyak bijan (tak masuk pun tak apa tapikan saya da cuba. Bila masukkan minyak bijan ni lagi ada UMMMPPH!!!! ).

*ni minyak bijan untuk masakan tau...tak kisahlah cap apa tapi jangan ikut macam saya masa mula-mula beli dulu.Pergi beli jer asal boleh nama minyak bijan. Bila buka takde plak aroma wangi, setelah ditelek barulah tau minyak ni yang kaum india guna untuk sapu badan. Terus menggelagak perut.

Masak hingga sayur2 yg keras empuk.

Kawtim.....
Nak makan ngan nasi atau roti...atau ngap gitu2.

Maaflah resepi style koboi.
Hihi. Selamat mencuba ya..

Daaaaa......