Saturday 13 August 2016

Kek Susu Pekat Manis

Assalamu'alaikum semua

Cepatnya masa berputar.
Da hari Sabtu harini. Semalam tak gie memana. Tergerak hati nak bikin kek. Agak mudah. Bahan pun simple. Hmmmmm. Tengok gambar tuan punya blog punyalah gebu keknya. Tapi....tapi.... tak ada guna pun baking powder. Biar papaya.

Sebenarnya teruja bila tengok rakan Facebook Puan Nor Haslinda Chua membuatnya. Parking tepi sat. Sekali masuk blog milik Puan Hafizah Yahaya kat http://fizalgk.blogspot.my/2016/08/condensed-milk-cake.html  sudah tak boleh tahan.

Gagah buat gak semalam. Walaupun saya guna butter 227gm, Alhamdulillah menjadi gak. Dah kat 2 bulan oven tak on, Alhamdulillah masih macho menjalankan tugasnya. Hahahaha i lap u lah.

Ok jom tengok resepinya.

CONDENSED MILK CAKE 

Bahan Bahan :

240gm mentega
240gm tepung gandum
300gm susu pekat manis
60gm gula kastor
4 butir telur - Gred A1
sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang dan pucat.

2) Perlahankan kecepatan mixer,masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga bercampur rata.

3) Masih dalam kecepatan rendah,masukkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul rata. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul lagi dengan jarak 1 minit untuk sebiji telur.

4) Seterusnya tuang kedalam loyang yang sudah dialasi kertas minyak. Saya guna loyang aluminium jadi ianya lebih mudah dan tidak perlu dialas.

5) Untuk mengelakkan daripada kek cepat hangit adalah dianjurkan menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu letakkan loyang yang lebih besar berisi air dirak oven paling bawah dan loyang berisi adunan kek dirak tengah. Setkan suhu oven pada 180'c dan bakar selama 25minit. Setelah itu keluarkan loyang berisi air dan turunkan suhu oven kepada 150'c dan teruskan membakar selama 20minit atau sehingga kek masak.

*saya guna 227gm mentega Anchor (dah tu yang ada) hihihi

Dapatlah 2 bekas aluminium saiz ala setengah kertas A4.
Jadilah wat kunyah-kunyah kan....nak bagi-bagi orang pun boleh...
Sedap...harum dan kek memang naik gebu dan moist.
Walaupun tak guna baking powder, kek tetap naik dengan syarat proses no 3) dipatuhi dengan tawaduk. Hahahah jangan ngelat.

Ni hah bukti saya buat...tak percaya kah?????

Terima kasih Puan Hafizah dan Puan Nor Haslinda

Saya ambik 1 sudu makan adunan dan campurkan ngan pewarna merah.
Pastu tepekkan sana sini dan lorekkan ala-ala huru-hara gitu.


hah cun tak?

4 comments: