Saturday, 23 July 2016

Puding Laici Dangdut

Assalamu'alaikum semua

Awal tersedar dari tido tadi.  Da bangkit malaih nak tido balik kang terlajak subuh kang.

Nak share ni....gigih mengarang tadi. Ni baru nak post. Hihi.

Memula masa tau resepi ni dulu, alahai rasa macam susah jer nak buat, macam remehnya nak buat, macam payahnya nak buat.

Disatu hari bila nampak resepi ini lalu kat blog ninamirza.blogspot.com dah rasa macam senangnya nak buat, mudahnya nak buat. Dah sampai seru kot. Ngaderkan.

 Maka buatlah. Bila da siap pasti Abam Jack dan Addinlah tukang rasa. Sedap!!!!! Sebab tekshur puding ni goyang-goyang dan gegar-gegar, tu yang namanya cenggitukan. Sampai berjualan gittew. Sedap, refreshing kata omputih, dessert yang mudah dan ada kelas tersendiri.

 Buat banyak-banyak, stokkan dalam peti ais. Anak-anak pasti suka. Yang kita-kita ni lagilah suka....aummmmm nyaman kat tekak. Sapa-sapa yang buat makan-makan, pasti tetamu manyak suka. Sebagai pencuci mulut untuk apa jua keraian pun sesuai bangat.

Terima kasih Puan Nina

Lemon Rosemary Chicken Delivery Service

Assalamu'alaikum semua.

Menitis air liur tak kala melihat gambar ayam panggang yang gebu ni. Melambai2 Lemon Rosemary Chicken ni.

Udah banyak kali tempah ayam ni. Sangat sedap. Masa dapat kat tangan, semerbaknya haruman ayam panggang ini.Telan-telan air liur. Sib baik takde halkum..kalau tak dengan halkum-halkum sekali pun tertelan. Bahahahaha.

Terkenang kembali saat bedah siasat ayam ni. Perghhhhh...lembutnya isi. Jusnya meleleh2. Tak yah guna pisau gamaknya. Guna sudu pun boleh...bahagian tulang bersambung tu rentap jer dengan rakus.

Lantunan ayat pertama daripada mulut Addin: hmmmmmm sedap teramat sangat.
Sungguh bagai dikata. Budak-budak  jujur dalam berkata. Setengah ekor habis dalam masa setengah jam. 

Sangat berbaloi. Dengan harga kasih sayang RM26.00 seekor, ayam panggang gebu yang sangat sedap, masih panas dibawakan khas untuk anda. Sesuai untuk sebarang majlis nak-nak sekarang ngah hangat open house sana sini. Nak jadikan hidangan atas meja pengantin pun sangat awesome kan. Tambahkan  hiasan sayur brokoli ke, jagung ke karot ke kan...rebuskan dulu sayur tu...kang ada pengantin yang ronggak pas gigit karot yang keras kematu. Kui kui kui

Jom sendawa berjemaah reramai. Errk takleh jadi ni....matahari terbit nanti nak orderlah tok esok. Kalau ada rezeki sempat menyelit, mana tau leh dapat hari ni kan. Aummmmm

Hihihi. Apa lagi...orderlah


Ring ring....nak order ayam

Kenangan lalu yang mengusik ususku

Thursday, 21 July 2016

Benang dan Jarum

Assalamu'alaikum semua

Kawan-kawan da sarapan? Makan apa?
Sat gi saya nak wat bekam. Lega oooo pas wat bekam. Memula nak wat dulu takut kemain, harapkan body jer sado. Hampeh. Hahahahaha. Pas  bekam baru leh makan. Hah masa tu lapar kemain...hati-hati jangan kalian dekat. Kang kena baham.

Jangan risau takkan ku share gambar bekam. Apa kes kan? Elok-elok makan nasi lemak putus selero plak. Hahahaha. Daku tak sekejam itu.

Ni nak share gambau-gambau hasil kraftangan je. Sekarang kan stop main tepung. Maka ligat mengait. Takde gie kursus memana. Belajar asasnya dari mendiang nenek masa kecik-kecik. Alhamdulillah tak sangka leh cari makan plak. Syukur ada yang berminat. Malah ada yang order 2 tahun lepas sampai da bersalin anak no 3 tak dapat-dapat lagi. Huhuhu.

Bukan apa. Nak mengait ni kena ada feel. Kalau malas tahap gaban...bersawanglah kau wahai benang selama bertahun. Kalau naik syeh, nak-nak ngah stress dalam seminggu leh siap 4 ke 5 hasilnya.

Kalau nak tau...bila mengait ni sangat terasa jiwa kewanitaannya. Hahahaha...ayu gitu. Fefeling princes....muntah ijo korang baca. Ok ok. Layanlah gambar-gambar dibawah ya.

Buat masa ni tempahan ditutup.
Ada tempahan daripada 5 wanita yang belum dimulakan lagi. Bawak bertenang ya. Akan ku bikin cun-cun tau...

Adios...jumpa lagi...Doktor Bekam sudah mari. Ahaks.

Ni hasil dalam 2 bulan ni.
Alhamdulillah semua da bertuan.
Yang tengah tu 1st sarung kotak tisu yang saya buat.
Abang Jack cop terus buh kat dalam keta.
Ni antara hasil yang lepas-lepas.
Benang-benang tu ialah warna yang dipilih orang yang telah menempah.

2 sarung kotak tisu tu belum siap lagi. BELUM ADA YANG BERPUNYA.
JADI SAPA NAK, KASI PM YA.

RM40.00 TIAP SATU

Wednesday, 20 July 2016

Eh Eh Timbul Baliklah

Assalamu'alaikum semua

Masih dibulan Syawal lagi maka diucapkan Selamat hari raya, Maaf zahir batin buat kalian semua.

Aik apasai kosong blog?
Laaaa...kata raya. Kosong-kosonglah.....

Hahahahaha aci tak....aci aci buka pintu, nana balik pukul satu...

Kita start baliklah from fresh.

Fresh is awesome. Sangat!!!

Kita sekarang da stop baking main tepung. Ntah bila nak mula balik, hanya keadaan yang akan menentukan.
Abam Jack haritu kan masuk spital...2 kali plak tu. Dengan asmanya, dengan diabetiknya ( bukan tumbuh buah betik ya), dengan ada batu dalam hempedunya. Full packagelah.

Tu yang stop segala baking bagai. Siap jual balik segala bahan mentah yang da stok siap tok buat kuih raya. Mekasih banyak-banyak pada Abam K yang telah memborong semuanya. Kesian nengok runner yang sado turun naik tingkat 3 umah den sebanyak 3 kali.... (Abam K-Khairul Hakimin <---- fofular ooooo, tak caya ..cer gie skodeng pesbuk beliau) postnya pembaca like riban-riban dengan share pun riban-riban.

Perancangan Allah hijabnya kita tak tahukan.
Alhamdulillah Khamis lepas masa gie temujanji ngan Doktor, batu da takde. Da hilang. Syukur sangat-sangat.

Jadi kini tak bagi Abam Jack wat keja berat-berat. Kita sama-sama doakan Abam Jack panjang umur, sihat walafiat dan sentiasa ceria sokmo. Amin. Terima kasih semua.

Jumpa lagi.....

Abam Jack nampak macam sedih...apa taknya, suh pandang camera dipandangnya tong gas kat dapur

Ad-din si kecil yang happy jer..kan raya
Tahun ni banyak dapat angpau...belanja Mama kepsi tau

Model Maruku Meletops yang tak berbayar....hahahah