Saturday 13 August 2016

Kek Susu Pekat Manis

Assalamu'alaikum semua

Cepatnya masa berputar.
Da hari Sabtu harini. Semalam tak gie memana. Tergerak hati nak bikin kek. Agak mudah. Bahan pun simple. Hmmmmm. Tengok gambar tuan punya blog punyalah gebu keknya. Tapi....tapi.... tak ada guna pun baking powder. Biar papaya.

Sebenarnya teruja bila tengok rakan Facebook Puan Nor Haslinda Chua membuatnya. Parking tepi sat. Sekali masuk blog milik Puan Hafizah Yahaya kat http://fizalgk.blogspot.my/2016/08/condensed-milk-cake.html  sudah tak boleh tahan.

Gagah buat gak semalam. Walaupun saya guna butter 227gm, Alhamdulillah menjadi gak. Dah kat 2 bulan oven tak on, Alhamdulillah masih macho menjalankan tugasnya. Hahahaha i lap u lah.

Ok jom tengok resepinya.

CONDENSED MILK CAKE 

Bahan Bahan :

240gm mentega
240gm tepung gandum
300gm susu pekat manis
60gm gula kastor
4 butir telur - Gred A1
sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang dan pucat.

2) Perlahankan kecepatan mixer,masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga bercampur rata.

3) Masih dalam kecepatan rendah,masukkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul rata. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul lagi dengan jarak 1 minit untuk sebiji telur.

4) Seterusnya tuang kedalam loyang yang sudah dialasi kertas minyak. Saya guna loyang aluminium jadi ianya lebih mudah dan tidak perlu dialas.

5) Untuk mengelakkan daripada kek cepat hangit adalah dianjurkan menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu letakkan loyang yang lebih besar berisi air dirak oven paling bawah dan loyang berisi adunan kek dirak tengah. Setkan suhu oven pada 180'c dan bakar selama 25minit. Setelah itu keluarkan loyang berisi air dan turunkan suhu oven kepada 150'c dan teruskan membakar selama 20minit atau sehingga kek masak.

*saya guna 227gm mentega Anchor (dah tu yang ada) hihihi

Dapatlah 2 bekas aluminium saiz ala setengah kertas A4.
Jadilah wat kunyah-kunyah kan....nak bagi-bagi orang pun boleh...
Sedap...harum dan kek memang naik gebu dan moist.
Walaupun tak guna baking powder, kek tetap naik dengan syarat proses no 3) dipatuhi dengan tawaduk. Hahahah jangan ngelat.

Ni hah bukti saya buat...tak percaya kah?????

Terima kasih Puan Hafizah dan Puan Nor Haslinda

Saya ambik 1 sudu makan adunan dan campurkan ngan pewarna merah.
Pastu tepekkan sana sini dan lorekkan ala-ala huru-hara gitu.


hah cun tak?

Thursday 4 August 2016

Biskut Mazola

Assalamu'alaikum semua

Biskut ini adalah biskut evergreen yang sangat saya suka sejak kecik-kecik comey lotey lagi.
Pestaim makan biskut ni masa dok umah makcik taim cuti skolah. Makcik ni pun satu. Simpan biskut ini tinggi nun atas lemari dapur.

Puas ler si ah moi debab masa tu adalah 7 ke 8 tahun kot, terkedek-kedek angkat kerusi gigih manjat semata nak ambik tin milo besar yang mengandungi biskut tersebut. Hahahaha. Nak 'curi makan' masa tu bukan senang, kena tengok taim makcik ngah khayal berbual ngan jiran, masa tulah projek underground berjalan dengan pantas. Kah kah kah.

Biskut ni kan rapuh. Sebaik sahaja dapat capai tin milo tersebut, cecepat buka dan sumbat sebanyak yang boleh ke dalam mulut sambil mata liar memerhati dan telinga terpacak dengar perbualan makcik dan jiran. Hahahah buruk nar perangai.

Itulah kenangan manis yang selalu buat saya tersenyum sorang-sorang.
Rupa-rupanya mudah nak membuatnya. Antara malas dengan rajin. Kalau semakin mudah caranya sesuatu resepi, tahap kemalasan amatlah tinggi. Hahahahaha. Kan kan kan. Sep sikit.

Jom layan resepinya

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk kacang tanah (bli kat kedai bakeri)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam9

Gaul ratakan semuanya dalam bekas

Masukkan minyak mazola (saya guna minyak masak saji, nak guna minyak cap pisau pun ok) ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sambil gaul ratakan semuanya. Dapatkan konsistensi mampu bulatkan sebesar guli.
Terlebih minyak, adunan akan lembik. Jadi sambil tangan kiri menuang, tangan kanan mengaul ya.
Kaki tak diperlukan khidmatnya tau....kah kah kah.

Bentukkan bentuk geguli dan susun dalam loyang. Boleh togel macam tu atau kalau rajin, hiaskan 1/2 biji kacang tanah diatasnya. Tekan perlahan-lahan.

Ambik 1 biji telur kuning telur ayam yang dipecahkan,  sapukan keatas semua biskut yang telah dibentuk. Jadi nanti berkilat-kilat permukaan biskut. Baru cun ma.

Terlebih dahulu panaskan oven selama 15 minit ya.
Bakar dalam oven 180c selama 15 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Resepi ini sama dengan resepi biskut kacang hijau cuma serbuk kacang tanah ditukar ke serbuk kacang hijau dan gula kastor ditukar ke gula ising. Sukatan semua sama. Saya guna cara ni.

Jom buat....leh ngap bila-bila tak semestinya musim raya. Musim hujan pun boleh. Kuang kuang kuang.

Terima kasih buat blogger Alongroz dan Kak Nor Secubit Garam atas resepi yang meletop ini.
Hah 12 September nanti Raya Haji kan...buatlah. Dapat 2 jenis biskut ni jadilah kan. Nak tambah belilah maruku meletop dan tat nenas gebu gebas ngan saya.

Amacam....meh order meh....

Sekarang ada promosi...hah gitew. Jangan kata hakak tak payung...ni payung guna payung pasar malam tau

2 bekas Maruku Meletop (500gm)  + 2 bekas Tat Nenas Gebu Gebas (55 biji) = RM100 (jimat RM4)

Atau

1 bekas Maruku Meletop (500gm) + 1 bekas Tat Nenas Gebu Gebas (55biji) = RM50 (jimat RM2)

Apa-apa pun wasap jelah ek...013-2536985.
Sepanjang tahun ada Maruku dan Tat Nenas ni...takde  bermusim tau. Apa yang perlu dilakukan, order je

Inilah wajah insan yang tidak bersalah memanjat dan menyumbat sebanyak biskut mazola yang boleh ke dalam vulut yang mungil. Hahahahha
Nasib baik makcik tak reti berinternet. 

Hasilnya

Biskut Kacang Hijau

TERIMA KASIH KAK NOR DAN KAK ALONGROZ ♥♥♥♥

Tat Nenas Gebu Gebas

Maruku Meletops

Tuesday 2 August 2016

Sup Ayam Mabeles

Assalamu'alaikum semua

*sambil libas2 tangan macam wiper
Apa khabar semua?

Saya ni suka makanan berasaskan sup lelebih lagi sup ayam. Masak pagi boleh makan terlajak sampai ke potang. Makan gitu slurp-slurp atau cecah2 dengan roti. Ni sup cara saya. Takde ikut mana2 resepi. Asal sedap kat tekak, bereh.

Sup ni mudah je. Siapkan bahan, on dapur....libas2. Siap. Hihihihi

Kita tengok bahan-bahannya ya

1. Bawang  besar potong 4 ke 6 ke 8 macam potong buah oren
2. Bawang putih cincang

Dua2 tumis sampai harum
Masukkan
3. Batang saderi yang dipotong serong-serong nipis

Bau harum akan semerbak dan masukkan air tengok nak sup banyak mana

Masukkan
4. Karet yang dipotong dadu pun boleh, nak potong kecil pun boleh, nak masukkan sebatang gitu pun boleh. Suka hati
    koranglah ya. Hahaha
5. Kentang pun potong suka hati
6. Cendawan shitake potonglah juga. Besar sangat kalau masuk sekuntum gitu...maut nak lebarkan mulut masa nak
     makan.

Didihkan sekali

Masukkan
7. Kiub ayam ikut citarasa tengok banyak mana airnya. Rasalah kang tawar hebey plak.

Masukkan
8. Serbuk lada hitam
9. Ketulan ayam atau hirisan isi ayam
10. Renjiskan atau masukan 1 sudu makan minyak bijan (tak masuk pun tak apa tapikan saya da cuba. Bila masukkan minyak bijan ni lagi ada UMMMPPH!!!! ).

*ni minyak bijan untuk masakan tau...tak kisahlah cap apa tapi jangan ikut macam saya masa mula-mula beli dulu.Pergi beli jer asal boleh nama minyak bijan. Bila buka takde plak aroma wangi, setelah ditelek barulah tau minyak ni yang kaum india guna untuk sapu badan. Terus menggelagak perut.

Masak hingga sayur2 yg keras empuk.

Kawtim.....
Nak makan ngan nasi atau roti...atau ngap gitu2.

Maaflah resepi style koboi.
Hihi. Selamat mencuba ya..

Daaaaa......